Allahumma arinal HAQQA HAQQA. war zuqna tiba'a, wa arinal BATILAN BATILA, war zuqna tinaba .
(Owh God show me the right thing, as right for me & make me lured to it. And show me the wrong thing, WRONG to me & keep me away from it.)
Tuesday, September 28, 2010
Friday, September 24, 2010
Rahsia Iman
Topic: Rahsia Iman
Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan ..., di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah....
Mungkin kita terlupa pada pengorbanan Abu Talib, pamannya kepada baginda Rasulullah SAW. Tatkala datang kafir Quraisy hendak membunuh Rasuullah SAW, berdirilah Abu Talib antara mereka menghalang.... "Andainya engkau menyentuh tubuh anak saudara ku, akan ku isytiharkan perang dengan kalian dan zuriat kalian. Seluruh Bani Hasyim akan akan memerangi diri kalian." .... ujarnya. Tatkala kafir Quraisy memulaukan Rasulullah SAW, Abu Talib membuka gudang kekayaan miliknya untuk dicurahkan kepada Rasululah SAW. Walau banyak pengorbanannya untuk nabi kita, namun Allah tidak merezkikannya dengan nikmat iman dan Islam. Maka matilah dirinya dalam keadaan yang tidak beriman kepada Allah.

Mungkin juga kita terlupa akan kisah sejarah Saidina Umar Al Khattab. Sebelum beriman, arak menjadi togokkan. Membunuh bagaikan mainan. Anak gadisnya ditanam hidup-hidup di tengah padang pasir walau pun anaknya itu membantu mengesat peluhnya tatkala sedang menggali lubang. Hidupnya ketika itu hanya bercita-cita untuk membunuh Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib, pemuda yang membawa ajaran yang bertentangan dengan agama nenek moyangnya.
Namun dalam kejelikan akhlak dan keganasan peribadi, Allah rezkikannya dengan iman dan Islam. Surah Taha yang dibaca adik perempuannya mengundang hidayah. Maka berimanlah Saidina Umar Al Khattab di tangan Rasulullah SAW. Sejak itu peribadinya berubah. Dari pembengis kepada penyantun. Lantas jadilah dia salah seorang sahabat Rasulullah SAW yg utama. Inilah kekuatan nikmat iman dan Islam anugerah ILAHI.Dalam kedamaian sahur, dan kedinginan sepertiga malam, setelah selesai melabuhkan tahajjud dan kini tenang menjamah makanan ..., di sebalik semua nikmat berugama ini, tidak terhitung banyaknya telah mengalir akan air mata dan darah para kekasih Allah....
Mungkin juga kita terlupa akan kisah sejarah Saidina Hamzah Bin Abd Mutalib. Seorang yang menyendiri. Yang tika matanya tercelik di pagi hari, urusannya hanya di padang pasir yang gersang. Berbekalkan sebilah pedang dan sebusur panah, dia memburu singa di adang pasir sebagai mata pencarian. Sekembalinya ke kota Mekah, sesudah menjual hasil buruannya di pasar, dia kembali ke rumah untuk beristirehat. Dia tidak ambil peduli tentang perjuangan dan seruan tauhid anak saudaranya. Dia juga tidak ambil pusing akan ancaman dan tekanan kafir Quraisy Mekah terhadap anak saudaranya. Dunianya hanyalah memburu singa, menjual hasil buruan di pasar, balik ke rumah, dan istirehat seblum rutin yang sama berulang keesokan harinya.
Namun Allah telah merezkikannya dengan iman dan Islam. Hanya disebabkan menerima khabaran, Rasulullah SAW dicela dan dipukul di depan Kaabah oleh Abu Jahal, Saidina Hamzah yang baru kembali dari perburuan telah menerima Islam. Berimanlah Saidina Hamzah dan menjadi barisan hadapan pejuang Islam di sisi Rasulullah SAW. Lantas ALLAH muliakannya sebagai penghulu para syuhada.Begitulah bukti Maha Kudrat dan Maha Iradat nya ALLAH. DIA memberikan nikmat iman dan Islam kepada hamba-hamba NYA yang terpilih. Maka syukurilah nikmat iman dan Islam ini. Agar nikmat iman dan Islam ini akan ALLAH tambah dengan nikmat-nikmat yang lain. Jangan pula kita kufur, kerana kekukufuran menjadi penyebab nikmat iman dan Islam ditarik kembali.
Andainya nikmat iman dan Islam ini ditarik, maka rugilah kita di dunia dan akhirat.Aku sering menasihati student ku .... antara ungkapan-ungkapan nasihat ku :Iman adalah harta yang paling berharga ... iman walau sebesar zarah mampu menyelamatkan dari api neraka ... begitulah nilai iman ..JANGANLAH kita gadaikan iman islam kita hanya semata2 nak kaya....Sebab majoriti kita bercinta atas dasar nafsu ... bila bercinta atas dasar nafsu , bukan atas dasar iman ... maka berlakulah krisis demi krisis .. akhirnya mengakibatkan perpecahan, perbalahan dan perseteruan ...
Cinta atas dasar nafsu hanya melihat wajah fizikal yang bersifat sementara. Sedangkan cinta berdasarkan iman akan menilai sejauh mana quality seseorang sehingga mampu membawa orang lain untuk hampir kepada Allah.Orang yang bercinta atas dasar iman ... dia akan mencintai seseorang kerana orang yang dicintainya itu mencintai Allah & Rasul-Nya.
Dia tidak akan mencintai seseorang atas dasar pangkat, harta, kehenseman, kejelitaan. Kerana cinta berlandaskan iman ini akan menjamin kebahagiaan & ketenangan di dunia dan di akhirat. Inilah yang terjadi dalam kehidupan Handzalah sahabat Rasulullah SAW.Kita beruntung menjadi orang Islam yang beriman, sebab bila kita menerima nikmat kita akan bersyukur.
Bersyukur itu menghampirkan diri kita kepada Allah. Sebagai orang Islam yang beriman kita juga beruntung kerana apabila kita ditimpa musibah, kita sabar dan redha. Sabar dan redha itu juga menghampirkan diri kepada Allah.Biarlah yg cacat itu anggota tubuh badan. Asalkan yang cacat itu bukan keimanan. Kalau cacat anggota tubuh badan, ko hanya tak dapat bergerak. Tapi kalau cacat keimanan, hilanglah kebahagiaan & ketenangan di dunia & akhirat.Begitulah antara pesanan-pesanan yang pernah aku sampaikan kepada student ku.Begitulah nilai iman .... Ianya harta yang amat berharga
Kerana IMAN ... si miskin boleh sabar dan redha dengan kemiskinannya
Kerana IMAN ... si kaya menjadi dermawan
Kerana IMAN ... hati menjadi aman, bahagia dan tenang bila ditimpa musibah
Tanpa IMAN ... si kaya jadi tidak bahagia ... lebih malang kalau dirinya papa ... dua kali malang ... malang didunia kerana kepapaan, malang di akhirat kerana diazab
Tanpa IMAN ... orang yang hidup senang, tapi hatinya tidak tenang .... takut kesenangan yang datang dirampas orang
Tanpa IMAN ... celebrity ramai yang jadi susah hati ....
SEBAB APA ? ... sebab inginkan perhatian manusia BUKAN perhatian dari Allah ... maka Allah berlepas tangan darinya IMAN ... perkataan yang ringkas ... TETAPI ... memberi kesan yang besar pada kehidupan manusia.
Soalan : Mengapa orang yang sudah beristeri/bersuami sanggup berzina ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman.
Soalan : Mengapa orang yang kaya, diberi nikmat dunia berlagak sombong dan angkuh ?Jawapannya : Kerana tak ada iman.
Soalan : Mengapa orang sanggup menjadikan kawannya sebagai pelacur ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman
Soalan : Mengapa orang sanggup menjual maruah dan harga diri dengan nilai yang murah ?Jawapannya : Kerana tak ada iman
Soalan : Mengapa si papa kedana, malas berusaha sebaliknya berjudi sambil berangan menjadi kaya ?Jawapannya : Kerana tak ada iman.
Soalan : Mengapa si kaya masih rakus nak kaut harta dunia sampai melakukan rasuah ?
Jawapannya : Kerana tak ada iman.
Dan ajukanlah 1001 soalan tentang masalah dan kerosakan yang timbul di dunia ini .... jika diikut salur galur SUMBER MASALAH ... akhirnya jawapannya tetap sama ... KERANA TAK ADA IMAN.
Saidina Ali Karamallahuwajhah berkata :Iman itu adalah dibenarkan dengan hati, dilafazkan dengan lidah dan diamalkan dengan perbuatan.
Hati kita meyakini dan membenarkan.Lidah kita melafazkan apa yang kita yakin.Amal perbuatan dan tindakan kita menzahirkan apa yang kita yakin di hati dan dilafazkan oleh lidah.Kita yakin Allah itu ujud ... WALAU .... Allah tu tak kelihatan ... Lantas kita melafazkan syahadah .. mensaksikan bahawa Allah adalah Tuhan yang selayaknya disembah dan tiada tuhan selain Allah .... dan amal perbuatan kita hendaklah selaras dengan hukum syariat, kita laksanakan apa yang Allah perintahkan dan kita hindari dan tinggalkan apa yang Allah larang......
Inilah contoh termudah dari kata-kata Saidina Ali berkenaan iman.Dan iman itu ada lima bahagian/peringkat
1. Iman taqlid ... orang yang mengaku percaya Allah tu ujud tapi tak ada dalil. Iman ikut-ikutan, prinsip islam nya, juga rukun imanya tidak kuat dan kukuh. iman yang selalu tertewas dengan nafsu. juga iman ini juga ia tidak tahu kenapa ia bersolat, ia tidak tahu dan mengerti kenapa ia beribadah dan yang lain-lain rukun itu ia tidak tahu, tidak tahu bila di tanya tentang dalil Allah itu ada dan lain-lain ia tidak tahu. Dia ikut cakap orang membuta tuli. Taqlid buta. Kalau orang kata Allah tu ujud, dia kata Allah tu ujud. Kalau orang kata Allah tu tak ujud, dia pun kata Allah tu tak ujud. Ciri-ciri orang yang beriman taqlid, macam lalang. Dia akan mengikut saja arah tiupan angin. Kalau dia beribadah, ibadahnya tak ikhlas. Ibadah yang dilakukan hanya untuk menunjuk-nunjuk kepada orang. Jika dia bersendirian, dia tak solat, dia minum arak. Dia boleh tunjuk pada orang ramai dia orang baik, bila dia bersendirian, dia buat dosa2 besar. Kalau dia berada di kalangan orang Islam, dia akan kata dia juga Islam. Tapi jika berada di kalangan orang kafir, dia akan melakukan perkara2 yang dilakukan oleh orang kafir. Orang yang beriman taqlid, hidupnya penuh dengan lakonan dan kepura-puraan. TETAPI ... ramai juga yang terpedaya dengan lakonan mereka. Orang yang beriman Taqlid, ialah imannya tak sah. Hakikatnya dia kafir.
2. Iman Ilmu ... orang yang beriman dengan tingkatan iman ilmu, dia sudah mempelajari tentang dalil-dalil perkara-perkara yang wajib diimani. Dia dah belajar sifat yang wajib bagi Allah (20sifat), sifat yang mustahil bagi Allah (20 sifat), sifat yang harus bagi Allah (satu sifat), sifat yang wajib bagi Nabi/Rasul (4 sifat), sifat yang mustahil bagi Nabi/Rasul (4 sifat) dan sifat yang harus bagi Nabi/Rasul (satu sifat) beserta dalil akal dan dalil dari Al Quran. Dia faham dan dia yakin akan perkara2 yang wajib diimani. Dia sudah mampu mendatangkan hujjah dan dalil.
TETAPI keimanannya hanya bertunjang di otak bukan di hati. Iman yang bertunjangkan pada ilmu semata-mata.yang mana segala ilmu agama itu mereka tahu dan megerti dan kenal dan belajar secara rasmi tentang Allah dan rukun iman yang lain. Mereka juga tahu selok belok agama dengan baik dan sehingga sampai ke taraf ph.D, M.A. dan BA dalam agama. namun keyakinannya berasas kuat pada fikirannya sahaja. imannya belum berada dalam hati, segala yang dia yakini itu hanya dalam bentuk pengetahuan dan belum dalam bentuk kejiwaan. Hatinya belum ada hubungan dengan Allah dan belum lagi terpaut dengan Allah, hatinya belum merasai kebesaran Allah. kerna itu ia tidak kasih dan rindu pada Allah, andai ingat pun di waktu paksa-paksa dan di waktu di timpa kesakitan. Iman ini masih berani darhaka pada Allah dengan buat segala larangannya. walapun ia tahu dan sedar dosa yang dilakukan namun, kekuatan iman ilmu yang dimiliki belum mampu melawan nafsu dan syaitan yang merajai hati dan jiwa mereka. Iman yang ada tidak sekuat nafsu yang menggila, kerna itu sering tewas dalam kelemahan dosa. Iman ini tidak sabar ketika berdepan dengan ujian, tidak reda dengan ketentuan ketika ujian yang Allah beri dengan kesusahan dan kerumitan hidup itu buat mereka resah,cemas, gelisah juga hilang pertimbangan dan bertindak di luar syariat. Sebaliknya bila Allah uji dengan kesenangan dan keseronokan hidup mereka akan lupa daratan juga hilang pertimbangan serta hilang pertimbangan serta mudah terjebak dalam tipuan nafsu dan syaitan.Sebab itu ramai orang boleh cerita dan syarah bab agama, tetapi masih lagi bergelumang dengan dosa ... sebab ... imannya pada ilmu ... bukannya pada amal .... lebih kepada teori, kurang di segi praktikal.
Ciri-ciri Orang yang beriman pada tahap ilmu ini, WALAU pada zahirnya nampak dia orang yang beragama, tapi jika ditimpa musibah dan masalah atau kesedihan, mereka akan lalai dan melakukan perkara-perkara yang negatif. Mereka tidak sabar dengan musibah yang melanda. Mereka lupa untuk sandarkan masalah mereka pada Allah dengan muhasabah diri dan munajat. Bila mereka menerima nikmat pula, mereka berasa sombong dan angkuh. Ini jelas kita boleh saksikan dalam hidup kita seharian. Baru Allah beri rupa paras lebih sikit dari orang lain, kita dah perasan kitalah yang terhensem atau tercantik, lalu kita mempamerkan aurat kita. Baru diberi gaji lebih sikit dari orang lain, kita dah berlagak sombong, tayangkan cek yang enam angka kat orang lain dengan rasa bangga. Orang yang beriman Ilmu ini, walaupun mereka berilmu, tetapi mereka masih tidak mampu berhadapan dengan godaan nafsu dan syaitan. Mereka masih BELUM SELAMAT dari neraka. Mereka masih belum benar2 rasa takut kepada Allah. Mereka masih buat dosa dan mereka masih belum rasa berdosa bila buat dosa. Mereka buat fitnah, mereka ubah istilah fitnah kepada "gossip" agar kurang sikit rasa berdosa. Padahal sama aje besar dosanya. Inilah sifat orang iman ilmu. Iman orang beriman ilmu sah di sisi Islam, tetapi masih belum dapat menyelamatkan dari api neraka.
3. Iman 'iyaan ... orang yang beriman ilmu, jika dia berusaha sungguh2 memperbaiki diri, banyak tafakur, banyak mujahadah melawan nafsu, banyak ibadah, banyak berdoa munajat pada Allah .... dia akan merasa kebesaran Allah dalam hatinya. Ilmu yang dipelajarinya bukan saja ada di akal, tetapi sudah meresap ke dalam hati dan jiwa. Mereka sentiasa merasai kebesaran Allah dan mereka sentiasa ingat kepada Allah. Waktu itu, mereka tak ada masa dah nak buat gossip, tak ada masa dah nak melaga2kan orang, tak ada masa dah nak perasan jadi orang besar, orang berkuasa, orang selebriti, orang hebat.... SEBAB .... mereka tahu yang selayaknya mempunyai kuasa, kehebatan dan keselebritian adalah Allah. Iman ini keyakinannya bertempat di hati, dengan selalu memikirkan kebesaran Allah iman mula meresap dalam hatinya, mula merasai akan kewujudan Allah dalam hatinya, punyai hubungan hati dengan Allah dan sentiasa mengingati Allah. Setiap kali iman ini merenung segala kejadian bumi juga ciptaan Allah hatinya kagum dan memuji-muji kebijaksanaan Allah lalu terasa lah gagah akan Allah dan menjadikan mereka sedar yang mereka itu hanya hamba yang lemah dan berbisiklah hati mereka dengan mengajak diri menyembah, menyerah dan mengabdikan diri pada Allah tanpa syak dan ragu lagi. Iman ini taat segala perintah Allah sama ada kecil atau besar semua larangan itu ditinggalkan dengan penuh rela. di iman ini terasa berbuat sedikit dosa itu terasa seperti gunung yang besar hendak menimpa mereka. Di iman ini ia mula rasa takut dengan Allah. Golongan ini golongan orang-orang soleh, abrar, muflihuun, al –faizuun, ashabul yamiin. Golongan ini sangat berhati-hati dalam buat dosa. walupun ada kala mereka terlalai dan terbuat dosa kecil tapi mereka segera menyesal dan bertaubah memohon ampun.Orang yang beriman 'iyaan ini, akan mujahadah menahan nafsu dan perasaan dalam meninggalkan dosa. Dia tau kalau dia dedah aurat, dia nampak cantik, TAPI ... disebabkan dia tahu dedah aurat tu berdosa, dia kawal nafsu dia untuk tidak mendedahkan aurat. Orang byang beriman 'iyaan ni, kalau dia buat dosa, dia rasakan bagai gunung hempap diri dia. Dia rasa resah dan gelisah bila wat dosa. TAK MACAM KITA ... kita buat macam2 dosa besar pun boleh perasan kita baik. Kita togok arak kat ZOUQ sambil joget tergedik-gedik dengan betina pun kita rasa kita orang baik.Ciri-ciri orang beriman 'iyaan. Orang yang beriman dengan tingkatan 'iyaan, akan meletakkan dirinya sebagai seorang hamba walau di dunia dia memiliki pangkat dan jawatan yang tinggi pada kaca mata manusia. Hatinya sentiasa ingat pada Allah. Ketika bersendirian, dia mampu mengalirkan air mata kerana ingat kepada Allah. Ibadahnya khusyuk, tak leka dalam solat. Hati mereka sensitif dengan Allah. Mereka akan bersifat zuhud. Mereka mampu mendidik diri, ahli keluarga dan masyarakat untuk mengamalkan Islam. Mereka sentiasa dibantu oleh Allah jika berdepan dengan masalah. Jika berlaku musibah dia bersabar dan redha. Jika diberi nikmat, dia bersyukur dan tidak sombong. Mereka sentiasa merasakan diri mereka hina dan berdosa sambil terus memohon dan bermunajat pada Allah tanpa rasa putus asa. Jika berlaku masalah atau ditimpa musibah, dia akan muhasabah diri untuk menilai kejahatan diri sendiri. Jika dia melakukan dosa, dia akan segera bertaubat tanpa lengah. Mereka inilah yang DIPERMUDAHKAN hitungan amal mereka di akhirat dan dipermudahkan bagi mereka untuk memasuki syurga Allah.
4. Iman hak ialah ialah tingkatan iman yang dimiliki oleh wali-wali Allah. Orang yang berada pada tingkatan iman hak, setiap lontaran pandangannya akan melihat kebesaran dan keagungan Allah. Kerana setiap makhluk adalah ciptaan Allah. Maka penglihatannya hanya menampakkan kebesaran dan kekuasaan Allah. Hatinya tak lekang dari mengingati Allah. Tak macam kita, kita dalam solat yang sepatutnya wajib ingat kat Allah pun, kita boleh fikir nak makan apa malam ni. Kengkadang dalam solat, sambil baca fatihah, kita boleh plan lepas solat nak gi tengok wayang. Lagi malang ada di antara kita yang solat hanya untuk ditontonkan kat orang. Kat khalayak ramai, dia tunjuk kat orang ramai dia bersolat. TAPI ... Kat rumah tak solat langsung. Kalau solat subuh tu, rasanya gajah pun solat awal lagi dari dia. Ciri-ciri Orang yang berada pada tingkatan iman ini, sentiasa tenang, gembira dan bahagia di dunia. Sebab dia yakin setiap yang berlaku adalah percaturan dari Allah. Dia zuhud, warak, tawadduk, mampu melaksanakan APA YANG ALLAH SURUH dan mampu menghindarkan APA YANG ALLAH LARANG. Hati mereka tidak berbunga bila dipuji. Juga hati mereka tidak merasa hina bila dicaci. Bagi mereka kebahagiaan hati lebih diutamakan dari kemewahan duniawi. Hati mereka dihiasi oleh sifat2 terpuji seperti ikhlas, tawadduk.Malah hati mereka tidak terjejas oleh sebarang perubahan emosi dan suasana sekeliling. tetap tenang, aman, damai dan sejahtera. Mereka lebih mencintai akhirat berbanding mencintai dunia yang fana ini.
5. Iman hakikat ... ialah tingkatan iman milik para Nabi dan Rasul. Orang yang memiliki tingkatan iman ini akan mewarisi sifat Siddiq, Tabligh, Amanah dan Fatanah. Inilah iman kemuncak dalam kehidupan yang mungkin di capai oleh manusia ia iman yang teragung dan tertinggi. Iman yang paling sempurna ini milik rasul-rasul, nabi-nabi, khulafa-ur rashidin dan wali-wali besar. Iman yang akan Allah tempatkan mereka di syurga tertinggi tanpa melalui sebarang hisab atau perkiraan. Kehidupan seharian mereka iman ini mereka tenggelam dalam kerinduan, asyik dan mabuk dengan Allah. 24 jam mereka isi sepenuhnya dengan kerinduan dan kecintaan pada Allah. Hati mereka kekal dengan Allah dalam tidur atau jaga. Gerak geri mereka, tutur kata, makan minum, senyum tawa dan seluruh perbuatan mereka semuanya dalam ibadah dan bakti kepada Allah. Budi mereka dan akhlak mereka adalah terbaik dan termulia, budi bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai bicara dan pergaulan mereka dengan orang ramai sangatlah menjadi contoh ikutan ramai. Kewaraqkan mereka juga ibadah mereka sehingga bengkak-bengkak kaki kerana lamanya berdiri, makannya sedikit, kehidupanya sederhana. Iman ini menjadikan mereka betul-betul mabuk dengan Allah. Hati yang penuh rindu dan cintakan Allah menjadikan mereka lupa diri, lupa makan minum dan tidak pedulikan orang lain selain Allah. Kadang-kadang mereka di lebel gila dan sebagainya dan kerna tidak tahan menanggung rindu itu sampai mereka mati, maka bertemulah dengan Allah kekasih yang dirinduinya. Di akhirat, Allah tempatkan orang ini di syurga tertinggi. Merekalah "super scale"akhirat. Hidup dalam syurga yang maha indah dan maha lazat. Allah kurniakan Sebagai membalas cinta dan pengorbanan mereka yang sungguh besar.Cuba kita bermuhasabah diri masing-masing .... antara ciri-ciri yang disebutkan berdasarkan kitab Jauhar Al Mauhub ni ... apakah tingkatan iman kita?Kalau iman Taqlid... cepat-cepatlah bertaubat dan berusaha mempelajari ilmu tentang iman agar aqidah dan iman kita sah disisi Allah dan kita tak mati sebagai kafir.Kalau iman Ilmu .. banyak-banyaklah ibadah, muhasabah, mujahadah lawan kehendak nafsu dan berdoa kepada Allah agar ditingkatkan iman kita ke tingkatan yang lebih tinggi dan lebih kuat.Kalau iman 'iyaan ... banyak-banyaklah bersyukur kepada Allah kerana mendamaikan kita didunia dengan kasih sayang-NYA sehingga kita merasakan kita ini HAMBA walau kita seorang yang merdeka dan berjawatan tinggi.Nanti orang tanya lak .... BAGAIMANA NAK TINGKATKAN IMAN ? Kalau nak upgred iman bagaimana ? Nak naikkan darjat dari iman taqlid ke iman ilmu. Dari iman ilmu ke iman 'iyaan. Darti iman 'iyaan ke iman hak. Dari iman hak ke iman hakikat ....Bagaimana nak dapatkan iman ... atau bagimana nak kuatkan iman .... atau bagaimana nak tingkatkan iman ?Untuk meningkatkan iman .... ialah dengan melaksanakan apa yang Allah suruh dan meninggalkan apa yang Allah larang. Allah suruh kita solat, kita tunaikan solat walau pun kengkadang waktu solat tu laa kita nak ke pasar malam, kita nak gi tengok wayang, kita nak gi sukan etc. Allah suruh kita bayar zakat, kita bayar zakat. Allah larang kita dedah aurat, kita tak dedah aurat. Allah larang kita berzina, kita tak zina. Dan lain-lain lagi.Dan kena ingat ... iman ni boleh meningkat dan menurun. Adalah penting kita kita mempastikan iman kita tidak menurun sebab andainya iman kita menurun, bila-bila masa aje amal kebajikan yang kita lakukan boleh musnah dan rosak. Dan kita terpaksa memulakan semula amal ibadah kita bagi meraih kasih sayang Allah. Iman yang dibina masih boleh diruntuhkan. Musuh-musuh Islam khasnya syaitan dan nafsu akan berusaha agar iman yang dibina roboh dan musnah.
Oleh itu amatlah perlu iman yang dibaja, dipupuk dan dibina dilindungi, dibenteng dan dan diperisai dari segala ancaman yang boleh memusnahkannya. Cara untuk melindungi iman dari musnah ialah :
1. Beramal dengan ilmu Fardhu Ain yang dimiliki. Setiap muslim wajib mempelajari ilmu fardhu ain iaitu ilmu Tauhid, ilmu Feqah dan ilmu Tasauf. Ilmu yang diplejari hendaklah diamalkan.
2. Banyakkan ibadah sunat
3. Banyakkan zikir dan doa munajat kepada Allah
4. Banyakkan bertafakur tentang kebesaran Allah melalui makhluk ciptaan Allah
5. Bermujahadah melawan nafsu. Nafsu ajak buat maksiat, kita lawan perasaan untuk tidak membuat maksiat. Dan sebagainya.
Setelah kekuatan iman dimiliki dan terbina, maka Allah akan permudahkan segala urusan kita dunia dan akhirat. Allah akan hilangkan rasa sedih dan gantikan dengan ketenangan. Dan di akhirat Allah akan menilai segala usaha dilakukan untuk membina iman dengan pandangan-NYA yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Akhirnya, Allah menjadikan syurga sebagai tempat rehat kita.Waktu itulah barulah kita akan temui cinta sejati kita iaitu Allah SWT.
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiriKu tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Madrasah Darus Syifa
Tampin4.52am
12 Ogos 2010
about a month ago ·

Thursday, May 6, 2010
Jaga 7 Sunnah Rasul
"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
" wahai tuhan ku, aku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu.. .......,kami lah hamba yang mengharap belas darimu ........Ya Allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa.... ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia

Monday, May 3, 2010
ZIKRULLAH YANG MEMBAWA BAHAGIA
Ketenangan itu dicapai melalui zikrullah. Zikrullah akan memberi ketenangan buat hati. Ketenangan hati itulah kebahagiaan sebenar. Tetapi kenapa ada orang yang berzikir tetapi hati tidak ataupun belum tenang? (Untuk mendapat jawapannya, tolong rujuk kembali entri dalam blog ini dalam tajuk: Mencari Ketenangan Hati)
Hati adalah sumber dari segala-galanya dalam hidup kita, agar kehidupan kita baik dan benar, maka kita perlu menjaga kebersihan hati kita. Jangan sampai hati kita kotori dengan hal-hal yang dapat merosak kehidupan kita apalagi sampai merosak kebahagiaan hidup kita di dunia ini dan di akhirat nanti. Ingatlah, untuk menjaga kebersihan hati, (selalin berzikir) kita perlu menjaga penglihatan, pendengaran, fikiran, ucapan kita dari hal-hal yang dilarang oleh Allah SWT. Dengan menjaga hal-hal tersebut kita dapat menjaga kebersihan hati kita. Dengan hati yang bersih kita gapai kebahagiaan dunia dan akhirat.
Jadi berhati-hatilah menjaga hati kerana ia adalah punca ketenangan dan kebahagiaan diri! Kita harus melatih hati kita supaya sentiasa berniat baik dan inginkan sesuatu yang baik. Sentiasa riang, gembira dan tenang dengan setiap pekerjaan yang dilakukan. Sentiasa melakukan kerja amal, tolong menolong, bergotong royong, sentiasa bercakap benar, sopan dan hidup dengan berkasih sayang antara satu dengan lain.
Marilah kita bersihkan hati kita dari segala kotorannya dengan memperbanyak mendekatkan diri kepada Allah SWT dan memperbanyak doa agar Allah SWT mengurniakan kita hati yang bersih dan selalu dekat dengan-Nya. Itulah beberapa hal yang mungkin dapat kita jadikan landasan untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia ini dan juga sebagai bekal untuk menghadapi kehidupan akhirat nanti. Sebenarnya kebahagiaan hidup yang hakiki dan ketenangan hanya didapatkan dalam agama Islam yang mulia ini. Sehingga yang dapat hidup bahagia dalam erti yang sebenarnya hanyalah orang-orang yang berpegang teguh dengan agama.

KAEDAH MENCARI BAHAGIA MENURUT AL QURAN DAN AS SUNAH:
- Beriman dan beramal salih. “Siapa yang beramal salih baik laki-laki ataupun perempuan
dalam keadaan ia beriman, maka Kami akan memberikan kepadanya kehidupan yang baik dan Kami akan membalas mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka amalkan.” (An-Nahl: 97)
Ibnu ‘Abbas RA meriwayatkan bahawa sekelompok ulama mentafsirkan bahawa kehidupan yang baik (dalam ayat ini) ialah rezeki yang halal dan baik (halalan tayyiban). Sayidina Ali pula mentafsirkannya dengan sifat qana’ah (merasa cukup). Ali bin Abi Thalhah dari Ibnu ‘Abbas, meriwayatkan bahawa kehidupan yang baik itu adalah kebahagiaan.
- Banyak mengingat Allah .Dengan berzikir kita akan mendapat kelapangan dan ketenangan sekali gus bebas daripada rasa gelisah dan gundah gulana.
Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingat (berzikir) kepada Allah akan tenang hati itu.” (Ar-Ra’d: 28)
- Bersandar kepada Allah.Dengan cara ini seorang hamba akan memiliki kekuatan jiwa dan tidak mudah putus asa dan kecewa.
Allah berfirman: “Siapa yang bertawakal kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.” (Ath-Thalaq: 3)
- Sentiasa mencari peluang berbuat baik.Berbuat baik kepada makhluk dalam bentuk ucapan mahupun perbuatan dengan ikhlas dan mengharapkan pahala daripada Allah akan memberi ketenangan hati.
Firman-Nya: “Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bisikan-bisikan mereka kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh ( manusia) untuk bersedekah atau berbuat kebaikan dan ketaatan atau memperbaiki hubungan di antara manusia. Barang siapa melakukan hal itu karena mengharapkan keredaan Allah, nescaya kelak Kami akan berikan padanya pahala yang besar.” (An-Nisa: 114)
- Tidak panjang angan-angan tentang masa depan dan tidak meratapi masa silam.Fikir tetapi jangan khuatir. Jangan banyak berangan-angan terhadap masa depan yang belum pasti. Ini akan menimbulkan rasa gelisah oleh kesukaran yang belum tentu datang. Juga tidak terus meratapi kegagalan dan kepahitan masa lalu karena apa yang telah berlalu tidak mungkin dapat dikembalikan semula.
Rasulullah SAW bersabda: “Bersemangatlah untuk memperoleh apa yang bermanfaat bagi mu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah lemah. Bila menimpa mu sesuatu (dari perkara yang tidak disukai) janganlah engkau berkata: “Seandainya aku melakukan ini nescaya akan begini dan begitu,” akan tetapi katakanlah: “Allah telah menetapkan dan apa yang Dia inginkan Dia akan lakukan,” karena sesungguhnya kalimat ‘seandainya’ itu membuka amalan syaitan.” (HR. Muslim)
- Melihat “kelebihan” bukan kekurangan diri.
Lihatlah orang yang di bawah dari segi kehidupan dunia, misalnya dalam kurniaan rezeki karena dengan begitu kita tidak akan meremehkan nikmat Allah yang diberikan Allah kepada kita. Rasulullah SAW bersabda:“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu karena dengan (melihat ke bawah) lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
- Jangan mengharapkan ucapan terima kasih manusia.Ketika melakukan sesuatu kebaikan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah. Kata bijak pandai, jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara hukama berkata, “sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa!”.
Firman Allah: “Kami memberi makan kepada kalian hanyalah karena mengharap wajah Allah, kami tidak menginginkan dari kalian balasan dan tidak pula ucapan terima kasih.” (Al Insan: 9)
DOA IBU MENGANDUNG
Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit.
Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.
Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat.
Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal.
Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam”. Ameen

Monday, April 19, 2010
INILAH MAKNA BAHAGIA
INILAH MAKNA BAHAGIA…
Bahagia itu fitrah tabie manusia. Semua orang ingin bahagia. Jika ada manusia yang berkata, alangkah bahagianya kalau aku tidak bahagia, dia layak dihantar ke Hospital Bahagia. Kenapa? Sudah tentu orang itu tidak siuman lagi. Manusia yang siuman sentiasa ingin dan mencari bahagia. Bahkan, apa sahaja yang diusahakan dan dilakukan oleh manusia adalah untuk mencapai bahagia.
• Bahagia itu relatif?
Malangnya, keinginan manusia untuk bahagia sering tidak kesampaian. Ini disebabkan ramai manusia tidak tahu apa makna bahagia sebenarnya dan mereka juga tidak tahu bagaimanakah caranya untuk mendapatkannya. Jika kita mencari sesuatu yang tidak diketahui dan dikenali, sudah pasti kita tidak akan menemuinya. Oleh itu, usaha mencari kebahagiaan itu mestilah bermula dengan mencari apa erti kebahagiaan itu terlebih dahulu. Apakah erti bahagia? Ada yang beranggapan erti bahagia itu relatif. Ia berubah-ubah dan berbeza antara seorang individu dengan yang lain. Bagi yang sakit, sihat itu dirasakan bahagia. Tetapi apabila sudah sihat, kebahagiaan itu bukan pada kesihatan lagi. Sudah beralih kepada perkara yang lain lagi. Bagi golongan ini kebahagiaan itu adalah satu “moving target” yang tidak spesifik ertinya. Ada pula golongan pesimis. Mereka beranggapan bahawa tidak ada bahagia di dunia ini. Hidup adalah untuk menderita. Manusia dilahirkan bersama tangisan, hidup bersama tangisan dan akan dihantar ke kubur dengan tangisan. Bahagia adalah satu utopia, ilusi atau angan-angan. Ia tidak ujud dalam realiti dan kenyataan.
• Sumber dalaman atau luaran?
Sebelum mendapat jawapan tentang erti kebahagiaan yang sebenar, mesti dipastikan sumber kebahagiaan itu. Ia datang dari mana? Apakah bahagia itu datang dari luar ke dalam (outside-in) atau dari dalam ke luar (inside-out)? Ramai yang merasakan bahawa bahagia itu bersumber dari faktor luaran. Ia bersumber daripada harta, kuasa, rupa, nama dan kelulusan yang dimiliki oleh seseorang. Golongan ini merasakan jika berjaya menjadi hartawan, negarawan, bangsawan, rupawan, kenamaan dan cendekiawan maka secara automatik bahagialah mereka. Atas keyakinan itu ramai yang berhempas pulas dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki harta, kuasa dan lain-lain lagi. Kita tidak bahaskan mereka yang miskin, hodoh, tidak popular dan bodoh, lalu gagal merasakan bahagia tetapi mari kita tinjau apakah hidup para hartawan, rupawan, bangsawan, kenamaan dan cendekiawan itu bahagia?
• Realiti hidup jutawan, rupawan dan selebriti.
Realitinya, sudah menjadi “rules of life” (sunatullah), manusia tidak mendapat semua yang diingininya. Tidak ada seorang manusia pun yang dapat mengelakkan diri daripada sesuatu yang tidak disenanginya. Hidup adalah satu ujian yang menimpa semua manusia, tidak kira kedudukan, harta dan pangkatnya. Firman Allah: “Dijadikan mati dan hidup adalah untuk menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya.” Al Mulk.

Si kaya mungkin memiliki harta yang berjuta, tetapi mana mungkin dia mengelakkan diri daripada sakit, tua dan mati? Inilah yang berlaku kepada Cristina Onasis pewaris kekayaan ayahnya Aristotle Onasis, yang mati pada usia yang masih muda walaupun memiliki harta yang berbilion dollar.
Mereka yang rupawan, tidak boleh mengelakkan diri daripada cercaan. Madonna, Paris Hilton (sekadar menyebut berapa nama) pernah dikutuk akibat kelakuan buruk masing-masing. Lady Diana yang memiliki semua pakej kelebihan wanita idaman akhirnya mati dalam keadaan yang tragis dan menyedihkan sekali. John Lenon tidak dapat mengelakkan diri daripada dibunuh walaupun dirinya dipuja oleh jutaan peminat. Elizabeth Taylor pula sedang membilang usia yang kian meragut kecantikan dan potongan badannya.
Itu belum dikira lagi nasib malang yang menimpa negarawan dan bangsawan tersohor seperti Al Malik Farouk (Masir), Shah Iran (Iran), Ferdinand Marcos (Filipina), Louis XVI (Perancis), Tsar (Rusia) dan lain-lain lagi. Tegasnya, kesakitan, cercaan, dijatuhkan dan lain-lain ujian hidup telah menumpaskan ramai hartawan, rupawan, negarawan dan cendekiawan dalam perlumbaan mencari kebahagiaan.
• Bukti hilangnya bahagia.
Apa buktinya, mereka hilang bahagia? Tidak payah kita berhujah menggunakan Al Quran dan Al Hadis, melalui paparan media massa sahaja sudah cukup menjadi bukti betapa tidak bahagianya mereka yang memiliki segala-galanya itu. Aneh, apabila selebriti dari Hollywood, yakni mereka yang memiliki rupa yang cantik, harta yang berbilion dolar, nama yang tersohor tetapi dilanda pelbagai masalah kronik. Senarai nama yang berkenaan cukup panjang …

Mereka yang terlibat dengan arak, rumah tangga cerai berai, dadah, jenayah, sakit jiwa dan bunuh diri ini sudah tentu tidak bahagia. Jika mereka bahagia dengan nama, harta dan rupa yang dimiliki tentulah mereka tidak akan terlibat dengan semua kekacauan jiwa dan kecelaruan peribadi itu. Tentu ada sesuatu yang “hilang” di tengah lambakan harta, rupa yang cantik dan nama yang popular itu.
• Ujian hidup punca hilang bahagia?
Mari kita lihat persoalan ini lebih dekat. Apakah benar ujian hidup menghilangkan rasa bahagia dalam kehidupan ini? Apakah sakit, usia tua, cercaan manusia, kemiskinan, kegagalan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup menjadi sebab hilangnya bahagia? Jawabnya, tidak! Jika kita beranggapan bahawa ujian hidup itu penyebab hilangnya bahagia maka kita sudah termasuk dalam golongan pesimis yang beranggapan tidak ada kebahagiaan di dunia. Mengapa begitu?

Kerana hakikatnya hidup adalah untuk diuji. Itu adalah peraturan hidup yang tidak boleh dielakkan. Sekiranya benar itu penyebab hilangnya bahagia, maka tidak ada seorang pun manusia yang akan bahagia kerana semua manusia pasti diuji.
Atas dasar itu, ujian hidup bukan penyebab hilangnya bahagia. Sebagai perumpamaannya, jika air limau nipis diletakkan di atas tangan yang biasa, maka kita tidak akan berasa apa-apa. Sebaliknya, jika air limau itu dititiskan di atas tangan yang luka maka pedihnya akan terasa. Jadi apakah yang menyebabkan rasa pedih itu? Air limau itu kah atau tangan yang luka itu? Tentu jawapannya, luka di tangan itu.
• Metafora air limau dan luka di tangan
Air limau itu adalah umpama ujian hidup, manakala tangan yang luka itu ialah hati yang sakit. Hati yang sakit ialah hati yang dipenuhi oleh sifat-sifat mazmumah seperti takbur, hasad dengki, marah, kecewa, putus asa, dendam, takut, cinta dunia, gila puji, tamak dan lain-lain lagi.

Ujian hidup yang menimpa diri hakikatnya menimbulkan sahaja sifat mazmumah yang sedia bersarang di dalam hati. Bila diuji dengan cercaan manusia, timbullah rasa kecewa, marah atau dendam. Bila diuji dengan harta, muncullah sifat tamak, gila puji dan takbur. Justeru, miskin, cercaan manusia dan lain-lain itu bukanlah penyebab hilang bahagia tetapi rasa kecewa, marah dan tidak sabar itulah yang menyebabkannya.
Pendek kata, ujian hidup hakikatnya hanya menyerlahkan sahaja realiti hati yang sudah tidak bahagia lama sebelum ia menimpa seseorang. Dengan segala hujah di atas terbuktilah bahawa pendapat yang mengatakan bahagia itu datang dari luar ke dalam adalah tertolak sama sekali. Ini kerana faktor “kesihatan” hati jelas lebih dominan dalam menentukan bahagia atau tidaknya seseorang berbanding segala faktor luaran. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa kebahagiaan itu datang dari dalam ke luar – soal hati.
• Inilah erti bahagia
Secara mudah kebahagiaan itu ialah memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah di dalam Al Quran.
Firman Allah: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” Al Ra’du 28.
Rasulullah S.A.W. juga telah bersabda: ” Bahawasanya di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging. Apabila ia baik, baik pulalah seluruh badan, tetapi apabila ia rosak maka rosak pulalah seluruh badan. Ingatlah ia adalah hati. ” (riwayat Bukhari Muslim)
Rasulullah S.A.W bersabda lagi: ” Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati “
Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh itu hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mazmumah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, reda, pemaaf dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan ialah apabila hati seseorang mampu mendorong pemiliknya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”.
Sunday, April 18, 2010
Doa Agar Terhindar Dari Hutang Dan Gelisah
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Teman Penggemar Mukjizat, Sholat Dan Doa,
Malam yang hening, bila kita renungkan lebih mendalam terkadang kita tanpa sengaja berhutang karena sebuah kondisi yang memaksa kita. Entah karena kegiatan bisnis yang kita lakukan atau karena terdesak kebutuhan hidup. Masalah yang timbul kemudian malah membuat hidup kita menjadi gelisah karena ulah Debt Collector yang kejam dan tidak manusiawi.
Maka selain melalui ikhtiar menyelesaikan hutang dengan perencanaan keuangan yang baik juga usaha secara optimal. Berdoalah sebab dengan berdoa sama seperti halnya usaha untuk meningkatkan produktifitas yang kita lakukan. Seperti doa berikut dibawah ini.
Allahuma inni a'udzukiba minal hammi wal hanazi wa a'udzubika minal ajzi wal kasali wa a'udzubika min ghalabatid dayni wa qahrir rijaali.
'Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kemurungan dan kesusahan, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan aku berlindung kepada-mu dari ketakutan dan kekikiran, aku berlindung kepada-Mu dari tekanan hutang dan paksaan orang lain.'
Amin ya robbal alamin.

Friday, April 2, 2010
Orang Orang Yang Makbul Doanya
Ada ramai orang yang doanya tidak akan tertolak yakni maqbul, diantaranya :
1. Orang Yang Berpuasa
Di antara doa yang akan dikabulkan oleh Allah SWT adalah doa orang yang berpuasa, doanya akan Allah kabulkan hingga dia berbuaka puasa, namun tentunya puasa yang dia lakukan adalah puasa yang dilandasi oleh keikhlasan karena Allah SWT.
2. Pemimpin Yang Adil
Kepemimpinan adalah sebuah amanah besar yang dibebankan Allah SWT kepada orang-orang tertentu, bahkan kita semua adalah pemimpin untuk diri kita masing-masing, dan pada hari kiamat kelak Allah SWT akan memimta pertanggungjawapan atas kepemimpinan yang telah kita pikul selama kita menerima amanah tersebut di dunia ini.
Seorang pemimpin ketika mendapati suatu amanah sebagai seorang pemimipin maka dituntut untuk berlaku adil dalam memimpin para pengikutnya. Oleh kerananya beruntung bagi mereka yang mampu berlaku adil dalam kepemimpinannya, Sehingga Allah SWT akan memakbulkan doa mereka.
3. Orang Yang Dizalimi
Hadits di atas juga memberi isyarat, siapapun kita, agar selalu berbuat adil dalam segala hal dan tidak melakukan perlakuan zalim, kalau seseorang berlaku zalim kepada orang lain maka nantikanlah akibat buruk dari perbuatannya itu, cepat atau lambat dia akan ‘menikmati’ doa orang yang teraniaya tersebut. Jadi, buatlah benteng pertahanan pada diri kita dengan tidak berbuat zalim terhadap orang lain dan berusaha untuk berlaku adil, kerana memang doa orang yang terzalimi sangat ‘makbul’ terhadap orang yang menzaliminya, sehingga Rasulullah SAW pun memberikan satu amaran kepada kita bahwa orang yang terzalimi doanya akan termakbul walaupun sebelumnya ada penyebab doanya tidak termakbul.
Demikian semua itu adalah isyarat akan terkabulnya doa mereka sebagaimana sabda Rasulullah SAW berikut :
“Ada tiga orang yang doanya tidak akan tertolak : “Orang yang berpuasa hingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan doa orang yang terzalimi, Allah akan angkat doa-doa tersebut di atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit, kemudian Allah berfirman : “Demi keperkasaan-Ku dan keagungan-Ku, Aku pasti akan tolong kamu walau pun setelah melalui suatu masa“. H.R. Ahmad
Masih banyak lagi doa orang-orang yang apabila dia berdoa Allah SWT akan kabulkan doanya, seperti doa kedua orang tua kepada anaknya, doa orang yang dalam musafir serta doa seseorang kepada saudara ketika dia tidak mengetahuinya.Wallahu A’lam.

Saturday, March 13, 2010
MUTIARA AL QURAN - JANGAN MENGELUH
Kita selalu Bertanya………………..dan Al-Quran sudah menjawabnya………
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB: “Apakah manusia itu menganggap bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” (”I am full of faith to Allah”) sedangkan mereka belum diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang² yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang² yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang² yang dusta.” -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” - Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB: “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA LAGI : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB: “Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang² yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang² yang beriman.” - Surah Al-Imran ayat 139
LANTAS KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).”
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB: “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB: “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang² mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka. - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA PERLU AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB: “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB: “… ..dan jgnlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” - Surah Yusuf ayat 12

Thursday, March 11, 2010
Tahajud Mendatangkan Kebahagiaan
Malam sepertiga yang terakhir menympan segudang keajaiban yang dijanjikan oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala . Pada setiap malam turun senantiasa memenuhi semua permintaan hamba-hambaNya.
Allah memberi maaf kepada siapapun hambaNya yang pada malam yang dingin mampu berdiri tegak dan bersujud menunaikan ibadah 'nafilah' atau ibadah tambahan berupa sholat tahajud.Sebagaimana sabda Nabi Muhammad:
"jika kita bangun karena mengingat Allah maka terlepaslah satu ikatan, jika berwudhu maka melepas satu ikatan lagi dan bila kemudian sholat maka melepas semua ikatan."
Maka pagi harinya kita mendapatkan suntikan semangat kebahagiaan dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala sehingga kebahagiaan ini mendatangkan manfaat nyata dalam kehidupan sehari-hari bagi orang yang menjalankan sholat tahajud yaitu sifat kasih sayang, rendah hati dan tutur kata yang baik. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
"Dan Hamba-hamba Rabb Yang Maha Penyayang ialah orang-orang yang berjalan dimuka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang yang jahil menyapa mereka, mereka menjawab dengan tutur kata yang baik. Dan orang yang melalui malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Rabb mereka."(QS. al-Furqan:63-64)

Sunday, March 7, 2010
BERKAH TAHAJJUD
Apa khabar di malam yang indah ini? Semoga kita semua termasuk orang-orang yang bisa menggapai keberkahan di dalam sholat tahajud. Amin Ya Robbal alamin..
Kehidupan orang yang memelihara sholat jauh berbeza dengan orang yang meninggalkan sholat. Orang yang memelihara sholat, kehidupannya akan penuh berkah dan kebahagiaan, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
"Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam sholatnya "(QS. al-Mu'minun:1-2).
Begitu pula kehidupan orang yang konsisten dalam sholat tahajud tentunya akan berbeda dengan orang yang tidak pernah bersujud dalam keheningan malam.Hanya orang-orang yang konsisten tahajud yang berhak memperoleh keberkahan dan keberuntungan. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala,:
"(Apakah kamu, hai orang musyrik yang lebih beruntung?) ataukah orang yang beribadah diwaktu-waktu malam degan sujud dan berdiri, sedangkan ia takut akherat dan mengharap rahmat Rabbnya?" (QS. Az-Zumar:9).'
"Dan seandainya mereka itu bersikap istiqomah di atas jalan kebenaran maka pastilah Kami siramkan kepada mereka air yang berlimpah (Rizki yang banyak)." (QS. al-Jin:16).
Air lambang keberkahan dalam hidup. Maka Allah menjanjikan bagi mereka yang konsisten dalam menjalankan shoat tahajud mendapatkan keberkahan dunia dan akherat dan ketenangan dalam menghadapi berbagai rintangan dan masalah dalam kehidupan ini.

Monday, February 22, 2010
NASIHAT IMAM SYAFII
Apabila anda ingin bahagia, berikanlah kebahagiaan itu kepada orang lain maka kebahagiaan itu akan kembali untuk diri anda sendiri..itulah Sunatullah/Hukum Allah, karena itu lakukan kebaikan setiap hari.. (Nasehat Imam Syafii kepada muridnya)
Tuesday, February 9, 2010
Solat Dhuha, Doa dan Cara Melaksanakannya
Solat Dhuha adalah sembahyang sunat 2 rakaat atau lebih. Maksimanya 12 rakaat.
Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
"Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur" (riwayat Bukhari & Muslim)
Daripada Anas, Sabda Nabi saw,
"Barang siapa sembahyang dhuha 12 rakaat, Allah akan membuat baginya istana di syurga" (riwayat Tirmidzi & Ibnu Majah)
Rasulullah bersabda yang bermaksud,
"Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan."
Rasulullah bersabda lagi,
"Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat."
Di dalam hadis yang lain pula diterangkan seperti berikut:
"Bahawasanya di syurga ada pintu yang dinamakan, "Dhuha." Maka jika kamu datang hari kiamat kelak, serulah (malaikat) penyeru: manakah orang-orang yang telah mengerjakan solat Dhuha? Inilah pintu kamu, silakan masuk ke dalam dengan rahmat Allah." Al-Tabrani
Ruang waktu dan waktu afdal
Sesuailah dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fikah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.
Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat
Cara Melaksanakannya
Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.
Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Doa Yang Disarankan
“Ya Allah bahawasanya waktu dhuha itu waktu dhuhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu ,kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu “. ” Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. ,Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”
* Coretanku
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah…
Kita rujuk kepada Hadith Qudsi yang mengatakan, Firman Allah, “ Wahai anak-anak adam (sebut-sebutkan) zikirkan akan AKU selepas sembahyang subuh barang sekejap dan selepas sembahyang asar barang sekejap, maka AKU cukupkan engkau apa yang ada diantara dua waktu tersebut maka apabila naik matahari sembahyang dhuha sebanyak lapan rakaat”
Pada rakaat pertama bacalah ayatul kursi kerana ayutul kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa surah itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayutul kursi.
Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.
Amal yang sedikit dan istiqamah (berterusan) adalah lebih baik dari amal yang banyak tetapi jarang-jarang… fikir-fikirkan… semoga dengan membudayakan solat dhuha, kita akan lebih disayangi oleh Allah SWT dan sentiasa didalam naunganNYA.. ameennn…
Monday, February 8, 2010
SAJAK ADI PUTRA THE GENIUS
Akulah Adi Putra...
Melayu tidak penah lupa ...
Duduk tahun satu rasanya tersiksa ...
Tiada siapa peduli ...
Tetapi aku bisa bedakan ...
Ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru ...
Bermula dengan‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’ ...
Di mana trillion di manakah billion, ...
Di mana tafsir Al Quran ...
Di mana doa2 para nabi para wali ...
Untuk apa aku disini ...
Aku berfikir rasional aku berfikir international ....
Pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji ....
Aku malu alangkah ruginya mereka ....
Untuk apa semua ini ....
Di mana mata hati mereka ....
Pujian biar bertempat ....
Marah bila bersopan ...
Kurang ajar biarlah berbudi bahasa ...
Tersirat mereka tak nampak ...
Tersurat sahaja mereka lihat ...
Di mana silapnya ...
Rasulullah memimpin ummah ...
Hebatnya baginda ...
Pimpinlah akudoakanlah aku ...
Aku punya cita-cita ...
Aku punya idola ...
Barangkali aku kecil ...
Mereka hanya ketawa...
Allah maha perkasa ...
Tahfiz Al Quran itu hebat ...
Hafaz Yaasin itu penerang hati ...
Matematik itu tunjang ilmu ...
Ayuh bangsaku bangunlah ...
Kita bertemankan Islam ...
Kita penuhkan ilmu didada ...
Kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia ...
Bersamaku adi putra ...
Akulah modal insan ...
Anak melayu jati ...
Wawasan 2020 ...
Takkan melayu hilang di dunia ...
Pantang melayu menderhaka pada sultannya ...
Pemuda harapan bangsa ...
Pemudi tiang negara ...
Mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi ...
Sejengkal pun tanahairku dijajah ...
Biar putih tulang, jangan putih mata...

Sunday, February 7, 2010
DUDUK TERLALU LAMA BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN
LONDON: Saintis mmberi amaran duduk untuk satu tempoh yang lama boleh membahayakan kesihatan walaupun bagi mereka yang selalu bersenam. Penyelidikan menunjukkan mereka yang banyak menghabiskan masa dalam keadaan duduk, tak kira di pejabat, sekolah, dalam kereta atau di depan komputer, besar kemungkinan mengalami kegemukan, menghadapi risiko serangan jantung atau jatuh mati.
Dalam satu lidah pengarang minggu ini dalam jurnal perubatan The British Journal of Sports Medicine, Elin Ekblom-Bak dari Fakulti Sains Sukan & Kesihatan Sweden mencadangkan pihak berkuasa menyemak semula definisi aktiviti fizikal untuk menyerlahkan bahaya duduk terlalu lama. Setakat ini pihak berkuasa kesihatan belum meletakkan had tempoh duduk bagi seseorang walaupun sudah mengeluarkan garis panduan yang mencadangkan aktiviti fizikal ketika duduk.
"Selepas 4 jam duduk, badan kita akan menghantar isyarat yg tak menyenangkan," kata Ekblom-Bak. Beliau berkata, gen yang mengatur jumlah glukos dan lemak dalam badan akan mula berhenti bertindak jika seseorang duduk pada tempoh lama.
Pakar aktiviti fizikal di Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tim Armstrong, berkata, "mereka yg bersenam setiap hari, tetapi banyak menghabiskan masa duduk mungkin tidak dapat manfaat aktiviti senaman mereka."
Satu kajian diterbit tahun lalu yang menjejaki tabiat 17,000 warga Kanada bagi tempoh 12 tahun, mendapati mereka yang duduk paling lama berdepan risiko kematian lebih tinggi, walaupun mereka kerap bersenam.
"Kita masih tidak mempunyai bukti cukup untuk menyatakan tempoh duduk yang boleh dikatakan membahayakan," kata Peter Katzmarzyk dari Pusat Penyelidikan Biomedikal Pennington di Baton Rouge, yang mengetuai kajian di Kanada berkenaan.
Perangkaan dalam kajian di AS pada 2003-2004 mendapati rakyat negara itu menghabiskan separuh daripada masa mereka duduk, sama ada ketika kerja atau memandu.

Saturday, February 6, 2010
MIRACLE OF GOD
Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing-masing.~Al Quran surah 55 Al Rahman Ayat no 19~
Sila refer video di http://www.facebook.com/video/video.php?v=344014985396&ref=mf

Wednesday, February 3, 2010
Sesungguhnya Ia Lebih & Malah Sangat Sukar ...
Ramai yang berkata tentang ikhlas, ada yang mempertikaikan keikhlasan seseorang, ada pula yang mendakwa tindakannya dibuat secara ikhlas. Apa sebenarnya ikhlas? Benarkah manusia, khususnya umat Islam di dunia kini terlalu kurang keikhlasan?. Ikhlaskah diri kita dalam berdakwah, berpolitik, menulis, bercerita, belajar, mengajar, mendidik dan berniaga?.
Ini satu persoalan yang besar di sisi Islam dan keikhlasan memerlukan satu mujahadah besar. Ia tidak mudah dan hanya mampu dicapai KECUALI oleh mereka yang benar-benar telah berjaya menanggalkan kecintaan kepada semua jenis makhluk, sama ada ia adalah pangkat, pujian, harta, dianggap selebriti, wang dan kebanggaan.
Allah swt mengingatkan :-
قُلْ إِنِّي أُمِرْتُ أَنْ أَعْبُدَ اللَّهَ مُخْلِصًا لَّهُ الدِّينَ
Ertinya : Katakanlah: ""Sesungguhnya aku diperintahkan supaya mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama ( Az-Zumar : 11)
Nabi s.a.w pula bersabda :-
إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان له خالصًا، وابتغي به وجهه
Ertinya : Sesungguhnya Allah swt tidak akan menerima amalan kecuali apa yang dibuat dalam keadaan ikhlas, berkeinginan kepada wajahNya ( Al-Bukhari, no 97, kitab al-Ilm)
APA ITU IKHLAS?
Imam Abu al-Qasim Al-Qusyairi, seorang ahli tasauf yang terkemuka memeberikan definisi Ikhlas sebagai:-
إفراد الحق سبحانه في الطاعة بالقصد، وهو: أنه يريد بطاعته التقرب إلى الله سبحانه دون أي شيء آخر؛ من تصنع لمخلوق، أو اكتساب محمدة عند الناس، أو محبة مدح من الخلق، أو معنى من المعاني سوى التقرب به إلى الله تعالى، ويصح أن يقال: الإخلاص تصفية الفعل من ملاحظة المخلوقين
Ertinya: Ikhlas adalah mengesakan haq Allah swt dalam segala amalan ketaatan dengan niat, iaitu dia melakukan amalan ketaatannya hanyalah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt, tiada apapun selain itu, iaitu mereka yang melakukannya kerana Makhluk, atau kerana ingin mendapat pujian mereka, serta kecintaan kepada pujian makhluk, atau apa jua sebab-sebab yang selain redha Allah. Boleh juga dikatakan, bahawa Ikhlas itu adalah pembersihan (niat) diri (semasa amalan) dari segala segala perhatian manusia. ( Al-Risalah al-Qusyairiah, tahqiq Abd Halim Mahmud, 1/443)
Memang mudah untuk melafazkan kata ikhlas, mudah juga untuk cuba menyakinkan diri bahawa diri ikhlas dalam perjuangan, namun untuk benar-benar memastikan hati sentiasa istiqamah ikhlas kepada Allah swt, ia bukan satu tugas yang mudah, namun ia maha penting dan penentu masa depan kita tatkala berdepan dengan Allah swt kelak.
Ada yang berkata, ketidakiklasan itu boleh terlihat dek tanda-tanda dari mulut melalui cakap-cakap dan kata-katanya, dari tulisan melalui baris ayatnya, dari tindakan melalui memek wajah dan pergerakannya.
Apapun, persoalan utama bukanlah ghairah dan sibuk meneliti keikhlasan orang lain serta mempertikaikannya, tetapi adalah meneliti dan memperbaiki diri sendiri.
PENDAKWAH MELALUI CERAMAH
Pendakwah melalui medan ceramah hari ini sangat tercabar, Bukan kerana bimbang ditangkap kerana ketiadaan tauliah, itu tidak mencabar, Atau di kurung melalui akta ISA kerana sebab yang sepatutnya anda faham, Dibuang kerja kerana dakwahnya menentang arus politik kerajaan atau membelakangkan AUKU, Sebenarnya, apa yang lebih mencabar adalah menjaga hati untuk ikhlas. Ada yang ‘jatuh' kerana beberapa ada tujuan baru yang mengambil alih tempat ‘ikhlas' kerana Allah swt iaitu :- ·
Keujuban di dalam diri :
Ada penceramah yang merasa diri sebagai hero dan telah mencapai maqam pejuang berkorban persis Nabi Ibrahim a.s apabila mereka ditangkap, dipenjara dan didenda oleh pihak yang menghalang dakwah.
Malangnya, ujian itu merosakkannya, hingga dirasakan diri terlalu hebat, lalu dinafikan ketulenan pejuang lain yang belum ditangkap sebagai amatur dan bertaraf rendah. Sama ada melalui tulisan, percakapan mahupun gerak hatinya.
Lebih menyedihkan jika peristiwa halangan ini mengubah niatnya kepada untuk terus menerus dilihat gagah dan berani dalam dakwahnya. Hilang habislah tujuan Allah dari hatinya.
Imbuhan dan bayaran :
Penceramah sekali lagi digegarkan keikhlasan mereka akibat imbuhan dan bayaran. Mungkin pada mulanya ramai penceramah yang mampu berniat ikhlas kerana Allah, menyampaikan ilmu kerana menurut sunnah Rasululah s.a.w. Namun lama kelamaan, apabila nama menaik, muncul di kaca TV, di corong radio, berteleku di hadapannya para bangsawan, menteri, jutawan dan pembesar, ikhlasnya menjadi semakin terhakis.
Populariti menjadikannya semakin ‘sakit' di sisi Allah. Sebarang ceramah tanpa bayaran atau tidak menepati statusnya akan ditolak mentah atau dituntut tunggakan bayaran. Jika sekadar tambang dan kos-kos biasa, mungkin ia munasabah, namun apa yang dituntut dan diminta adalah tinggi menggunung tanpa mengira status pihak yang menjemput. Di ketika itu, Imbuhan dan bayaran telah mengambil tempat Allah swt dalam hatinya.
Kecintaan kepada pujian :
Penceramah juga diserang oleh rasa cinta kepada pujian manusia, segala isi ceramah cuba difikirkan apa yang sesuai dan disukai oleh pendengar, jika pendengar sukakan gelak, seribu satu macam ceritera lucu mengundang tawa akan dimainkan.
Jika pendengar sukakan dalil-dalil dan kata-kata ulama dan para sahabat akan dipersembahankan,
jika pendengar sukakan ‘nota kaki' dan nama kitab, itu juga akan digariskan dan disebutkan dengan lancar lagak seorang mujtahid ulung.
Benar, ada yang mampu untuk terus ikhlas, menyediakan semua itu bagi menambah keberkesanan ceramahnya, membawa manusia kepada Allah swt, namun tidak sedikit yang ikhlasnya menjadi pudar, lalu semua itu disediakan agar dilihat,
‘Hebat', ‘Alim', ‘Pakar' ‘Bijak', ‘Best', ‘Sarjana', ‘Setaraf Tok Guru', ‘Persis Mujtahid' dan pelbagai lagi tujuan-tujuan salah yang dimomokkan oleh Syatian setiap hari.
Di benak para pendakwah melalui ceramah ini, sentiasa berusaha untuk ikhlas kerana Allah, namun Syaitan sentiasa berjuang merosakkan ikhlasnya dengan apa yang tersebut di atas malah berpuluh lagi cara. Ya Allah, alangkah mencabar dan sukarnya untuk mengekalkan keikhlasan dalam perjuangan melalui medium ceramah.
PENDAKWAH MELALUI TULISAN
Ada di kalangan insan yang soleh lagi baik ini, tidak berkemampuan dalam bertutur lancar dan menawan. Namun dianugerahi kelebihan menulis yang baik dan mengkagumkan. Lalu pendawkah ini mula mengorak langkah menulis buku-buku, membuka web sendiri dan blog, menyebar ilmu melalui tulisannya di forum-forum maya, majalah, buletin dan sebagainya.
Niatnya hanyalah satu, iaitu menyebarkan ilmu bagi mendekatkan manusia kepada Allah swt, redha Allah adalah objektif.
Namun, dari semasa ke semasa, objektif unggul itu boleh sahaja menjadi pudar akibat :-
Royalti dan Honorium
Hasrat dunia sekali lagi boleh menjadi penghalang bagi seseorang penulis untuk istiqamah dalam keikhlasan. Royalti dan honorium sudah mengambil tempat ‘Kerana Allah', tujuan dan objektif tertinggi yang sepatutnya ‘Akhirat' sudah berubah nama kepada ‘Dunia'
"Jika demikian, kita menulis secara percuma, menyerahkan manuskrip buku kepada penerbit tanpa perlu sebarang royalti dan honorium" Demikain tegas beberapa rakan pendakwah, berusaha mencapai penerusan dalam ikhlas. Mujahadah dan menjerat nafsu agar tunduk kepada niat yang tulus ikhlas.
"Tidak semestinya berjaya juga, ikhlas tidak semestinya tanpa bayaran dan honorium, ia di dalam hati" Terang saya mengingatkan diri.
Matanya mula berkerut mendengar ayat ringkas saya itu. Namun akhirnya dia terangguk-angguk tanda faham tanpa memerlukan penjelasan lanjut.
Manakan tidak, seseorang mungkin boleh membuang semua habuan harta itu untuk mencapai ikhlas, namun ikhlas belum tentu boleh wujud semudah itu.
Perasan diri ‘hebat', ‘merasa diri ikhlas kerana tidak mengambil habuan harta', rasa diri lebih ikhlas dari mereka yang menerima royalti, suka dan gembira menerima pujian orang sekeliling yang mengisbatkan dirinya sebagai ikhlas kerana tidak mengambil royalti dan honorium juga adalah ‘pembunuh' sebuah keikhlasan yang tulen.
Sebenarnya keikhlasan itu boleh wujud sama ada di ketika seseorang pendakwah menerima imbuhan wang hasil penulisan dan ceramahnya, atau juga sebaliknya. Apa yang terdetik di dalam hati serta menjadi tujuan diri, itulah jawapannya.
Jika honorium dan royalti tidak memberi kesan kepada hati dan niat asal perjuangannya, ia masih boleh mengekalkan Ikhlas di sisi Allah walau menerima gunungan royalti.
Jika pujian dan apa jua pujian orang terhadap penulisannya dan ketegasannya sehingga menolak sebarang bayaran hasil tulisan dan ceramahnya itu tidak berbekas di hati dan bermuzik indah di mindanya. Ia telah ikhlas.
Itu tandanya apa juga yang dari manusia sudah tidak memberikan kesan kepada hatinya, hanya redha dan cinta Allah yang ditagihinya. Yang lain hanyalah sampingan, wujud dan tiadanya tidak memberi kesan kepada jiwa.
Bagi individu ikhlas yang mengambil royalti, apa yang diperolehi pasti digunakan bagi menambahkan amal bakti kepada umat Islam yang kurang bernasib baik atau menjalankan tanggung jawab dan kewajiban yang tertanggung ke atas dirinya. Hasilnya kebajikan akan berganda hasil royalti dan honorium yang diterima.
Bagi yang menolak royalti serta mampu mengekal ikhlas, lalu disunyikan tindakannya itu dari pengetahuan segala macam manusia, agar tidak terganggu hatinya dengan pujian menggunung. Jika diketahui sekalipun, hatinya tidak sama sekali terbekas dengan kata-kata manis manusia, tidak pula dia merasa dan memandang rendah kepada mereka yang menerima royalti.
Orang lain tidak perlu ukur ikhlas orang lain, tidak perlu juga mempertikai atau mengiakan keikhlasan seseorang. Cukuplah masing-masing mengukur keikhlasan dirinya dan fikirkan tentangnya sentiasa.
Pujian, nama dan selebriti
‘Aku menulis bukan kerana nama' Itulah laungan lagu yang sudah sekian lama kita dengari.
Pendakwah mungkin menulis di peringkat awalnya, hanya kerana Allah. Namun di ketika pujian mencurah-curah datang tanpa ditagih. Hatinya kian terganggu, bukan apa...
Terganggu apabila beberapa tulisannya tidak dipuji sebagaimana sebelumnya
Tatkala itu, keikhlasannya hancur. Tempatnya diambil oleh ‘Tuhan baru' iaitu ‘pujian' dan ‘sanjungan'. Redha manusia menjadi objektif barunya kini. Semuanya kerana dia menyedari sanjungan itu akan boleh membawanya kepada mencipta nama, bukunya boleh menjadi ‘best seller' kerana peminat fanatiknya itu, wang boleh mencurah jatuh ke atas ribaan.
Tatkala itu, diri sendiri seolah sudah memberi gelar kepada dirinya sendiri,
"aku sudah menjadi seorang selebriti kerana tulisanku"
Kalau tidak diakui sendiri, tatkala ada rakan lama yang berkata :
"wah!, engkau sudah jadi selebriti sekarang ini, tahniah"
Dengan kadar beberapa saat minda, hati dan perasaannya mengakui hakikat itu dan merasa sedikit bangga dengannya. Tanpa disedari, mengakui keselebritian diri itu tanda kita sedang ditipu oleh dunia. Lebih ‘sakit' apabila kebanjiran manusia yang membeli buku, melawat web atau blog, yang menjadi rakan di facebooknya, kemunculannya di TV dan Radio dilihat sebagai indikasi bahawa dirinya sudah layak bergelar ‘selebriti', ‘public figure' yang menggembirakan.
Apa yang patut dibuat sepatutnya adalah, hati wajib menafikannya serta segera menarik hati dan jiwa kepada persoalan berikut:
"Adakah aku sudah berjaya menjadi selebriti atau ‘public figure' penulis (atau penceramah) di sisi Allah, pada pandangan Allah?, Bukankah itu tujuan asal kita?"
Saya teringat kata-kata sahabat besar, iaitu Ibn Mas'ud r.a , ketika beliau keluar berjalan, kerap ada ramai yang mengikutnya, bagi mendapatkan ilmu darinya, lalu beliau berkata kepada khalayak yang mengikutinya:
علام تتبعوني؟ فوالله لو تعلمون ما أغلق عليه بابي ما اتبعني منكم رجلان
Ertinya : Atas sebab apakah kamu semua mengikutiku? Demi Allah kalau kamu tahu apa yang aku lakukan dibalik pintuku yang tertutup nescaya tiada siapa yang akan mengikutiku lagi. ( Ihya Ulumiddin, Al-Ghazzali & Tafsir Ibn Kathir, 6/343)
Justeru, maka sedarilah diri yang mudah lupa, Syaitan sentiasa berusaha menghancurkan kewarasan iman kita. Ikhlas kita sering menjadi sasaran sang Syaitan, untuk dilupuskan. Bukankah ia sebuah ujian yang sukar buat para pendakwah. ? Ya tentunya, malah mungkin lebih sukar dari ditangkap dan dipenjara jasad. Hati yang terpenjara dengan niat selain Allah adalah sebesar-besar kegagalan manusia, yang sepatutnya menjadi hamba dan khalifah Allah swt.
Ahli akademik, Pangkat dan gelaran
Sebahagian pendakwah dari kalangan penulis terdiri dari golongan bijak pandai di Universiti, khususnya di fakulti-fakulti yang melibatkan Islam. Mereka banyak mengkaji dan menulis hasil kajian mereka dan seterusnya disiarkan melalui buku, jurnal, pembentangan di konferen dan seminar dan sebagainya. Niat asal tidak lain tidak bukan hanya mencapai redha Allah dan mencerahkan manusia kepada jalan keredhaan Ilahi. Merungkai yang kusut, menjernih yang keruh, melurus yang bengkok dan memurnikan yang bergolak.
Namun, sebagaimana pendakwah yang lain, kumpulan ini juga turut digoda dan akhirnya niat ikhlas tersasar dari landasannya.
Seorang pensyarah universiti terlihat saya sedang menulis dengan tekun lalu menyapa :
"Tengah menulis apa?"
"Tengah siapkan sikit lagi buku baru saya" jawab saya ringkas
"Buku tentang apa? Rugi kalau tulis sekarang ni, tunggulah dah siap PhD nanti. Tulis buku sekarang ini tak masuk dalam kiraan merit" katanya tanpa rasa malu dan segan.
"Berkenaan kewangan Islam, ooo ye ke tak masuk dalam merit, tapi tak mengapalah" jawab saya semula, cuba ambil hati beliau yang sibuk memikirkan soal merit.
"Tapi kalau rasa nak jual buku dan ambil royalti aja, pun ok juga" katanya lagi sambil tergelak kecil dan kemudiannya berlalu pergi.
Saya hanya mampu memberikan senyuman tawar kepadanya.
Saya sebenarnya sedikit kesal dengan mentaliti pensyarah sedemikian, jelas sungguh apa yang dalam benaknya hanyalah merit dan wang. Tidak terfikir olehnya kalau ada seseorang menulis kerana Allah dan mencapai redha Allah walau tidak peroleh merit ataupun royalti. Mungkin agaknya terlalu pelik di zaman ini? Mari sama-sama kita berusaha mencapainya..menjadi orang pelik di akhir zaman !
Memang ramai dari kalangan ahli akademik yang menulis kerana mengejar merit untuk melayakkan diri mendapat kenaikan gaji dan pangkat. Kerap kali terdengar perbincangan di kalangan mereka hanya berkisar tentang naik pangkat, mesti capai prof madya segera, naik gred gaji, jurnal antarabangsa dan seumpamanya,
Justeru itu, tulisannya digubah indah lagi rumit dipenuhi bahasa-bahasa akademik, katanya "khas untuk pembacaan bijak pandai". Ya itu perlu bagi menunjukkan kebijaksanaannya. Jurnal-jurnal menjadi ‘kegilaan' ahli akademik di zaman ini, begitu banyak senarai jurnal dalam catitannya, sama ada jurnal kelas tinggi, sederhana dan rendah.
Hidupnya di bilik sejuknya digadaikan untuk menghasilkan kajian dan penulisan cemerlang di mata majlis editor pakar sesebuah jurnal yang dicintainya. Jika tidak sedemikian, ada pula yang menulis untuk konferen besar, mulanya niat adalah untuk mengembangkan ilmu kepada masyarakat antarabangsa, agar mereka turut mendapat redha Allah, namun malang di pertengahan jalan, niat tersasar.
Populariti serta networking yang ditagih dalam konferen dan seminar besar yang dihadirinya, semua diniat untuk menambah kenikmatan dunia. Ya, harapannya untuk menaikkan pencapaian diri di dunia dengan kepujian, dilihat 'berjaya oleh sanak saudara dan taulan. Tidak lupa juga untuk membawa pulangan harta juga. Akhirnya, niat ikhlas kerana Allah menjadi semakin terpadam, sedikit demi sedikit hingga tidak tinggal satu apapun amalannya yang dilihat oleh Allah swt.
PENDAKWAH MELALUI POLITIK, JAWATAN DAN PANGKAT
Ada sekumpulan pendakwah, berjuang Islam dan mencari redha Allah melalui jalan politik, jawatan yang dipegang yang yang ‘ingin dipegang'.
Di dalam hati mereka seolah tertulis, ingin melaksanakan yang terbaik untuk mencapai maqam terbaik di sisi Allah, lalu jalan ini diambil selain jalan-jalan sampingan yang lain juga turut digunakan.
Namun liciknya Syaitan, dengan mudah sahaja seorang pendakwah Islam melalui medium politik boleh jatuh tersungkur di sisi Allah. Akhirnya dia berjuang bukan lagi kerana Islam dan redha Allah, tetapi kerana kecintaan kepada penyokong yang ramai, pangkat, pejabat besar dan puja puji orang bawahan.
Lebih parah, apabila dipandang hina semua pendakwah yang tidak berjuang sepertinya atau ‘ tidak berjuang melalui jalan politik'. Dirasakan mereka itu semua bacul, penakut, sebahagiannya munafiq, tercicir di jalan dakwah, hanya ingin berjuang dalam comfort zone, pendakwah ‘mee segera' dan pelbagai lagi perasaan benci dan gelaran buruk kalau boleh disebatikan dengan pendakwah yang tidak sepertinya.
Tatkala itu, hancurlah amalannya, bukankah telah disabda Nabi s.a.w bahawa ‘ujub itu menghancur amalan. Lebih jauh dari itu, digelar pula dirinya sebagai mujahid, pejuang Islam tulen atau pelbagai gelaran lain bagi menunjukkan dirinya sedang berjuang dengan gagah berani lagi sengit. Tidak seperi pendakwah lain.
Sepatutnya, jika gelaran ‘mujahid' itu diberi orang, janganlah dia terkesan dengannya, kerana dirinya mungkin dilihat pejuang di sisi manusia, namun belum tentu di sisi Allah. Orang yang berjuang boleh berdoa agar tergolong di kalangan pejuang, namun untuk melabelkan diri sebagai ‘pejuang', itu bukan caranya. Biar Allah sahaja menentukan kita adalah pejuang atau tidak. Tugas kita adalah sentiasa memastikan kita layak melalui ikhlas dan rendah diri.
Cabaran pendakwah melalui medan politik memang besar, ia boleh datang dari pihak sekular yang membencinya, lalu digunakan kuasa untuk menekan dan mengancamnya. Ia juga boleh datang dari Syaitan durjana yang jauh lebih professional dari manusia yang terlihat dek mata.
Boleh sahaja, perjuangan itu tersasar kerana keinginan kepada ‘kuasa' terlebih dari sepatutnya. Tatkala itu keikhasannya pudar dan semakin terpadam. Akhirnya takala dia sudah memegang kuasa, jawatan, apa yang dijanjikan kepada Allah sebelum ini dilupakan, kerjanya untuk mencapai redha manusia dan pengundinya menjadi semakin dominan berbanding redha Allah. Tatkala itu hancurlah dia pada pandangan Allah swt.
PENDAKWAH MENUNTUT ILMU
Selain berdakwah dengan mengajar, pendakwah juga sentiasa berterusan belajar dan terus belajar. Hasil ilmu asas yang baik dalam diri, dijadikan modal untuk meneruskan pembacaan dan galian ilmu yang tiada tara dalamnya.
Namun, seseorang yang menuntut ilmu sering diingatkan nabi sa.w.w agar berterusan menjaga keikhlasan. Ilmu yang dicari dan digali dengan niat menunjuk lebih pandai dan alim, jaguh berdebat, mengelirukan orang ramai, menutup kesalahan diri dan seumpamanya, akan pasti membuahkan ilmu-ilmu yang memporak perandakan masyarakat, bukan menyatukannya.
Bukankah ilmu sepatutnya membawa kepada Allah, dan semua pihak yang bersama Allah akan bersatu padu. Itulah formula yang ditegas oleh Allah swt :
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الأَرْضِ جَمِيعاً مَّا أَلَّفَتْ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـكِنَّ اللّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ
Ertinya : Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka ( Al-Anfaal : 63)
Namun hari ini, Negara kita semakin ramai pendakwah dan ilmu yang digali dari pelbagai jenis Negara dan guru. Malangnya, manusia dan umat Islam khususnya tidak semakin tenang, tetapi semakin bergolak. Lebih tinggi ilmu mereka ini, lebih bergolak dan berpecah orang di bawahnya. Kerana apa?
Banyak sebabnya, boleh sahaja menyalahkan Syaitan dalam hal ini, namun tidak kurangnya adalah si ilmuan, pendakwah dan penuntut ilmu yang menuntut bukan ikhlas kerana Allah, tetapi atas kepentingan diri sendiri dan kumpulan yang dicenderunginya.
Dirinya merasakan sedang berjuang habis-habis menghapuskan kemungkaran dan kekeliruan dalam agama.
Dirasakan dirinya sedang adalah sentiasa di pihak yang benar lagi tepat. Hingga kebenaran yang dirasakan berada di pihaknya itu menghalalkan dirinya untuk menyesat, mengkafir, membid'ahkan dan menghukum orang dan pihak lain. Seolah tiada lagi ruang dan kemungkinan, kebenaran berada di pihak yang satu lagi.
Akhrinya, syaitan mengambil alih, mengubah niatnya dari menuntut ilmu secara ikhlas untuk mencapai redha Allah kepada menuntut ilmu agar boleh mempertahankan kumpulannya, ideanya, maruahnya, dan periuk nasinya. Lalu malang mereka...apakah yang boleh menyedarkan mereka ? Wallahu'alam.
KESIMPULAN
Tulisan ini sebenarnya lebih kepada peringatan buat sendiri. Cuma ia disiarkan untuk dimanfaatkan oleh mana-mana rakan pendakwah yang sudi mengambil manfaat.
Ia merupakan peringatan kepada salah satu cabaran terbesar buat para individu yang menceburi bidang dakwah, namun terlupa akan cabaran ini. Akhirnya minda dan hati, menjadi sarang yang busuk dek kuman dan virus Syaitan. Bimbang matinya kita kelak, merasa diri sudah berjuang dan berdakwah tetapi dilihat SEBALIKNYA oleh Allah swt.
Sebuah hadis yang sangat memberi kesan kepada jiwa, sejak dahulu lagi, iaitu :-
إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد, فأُتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عمِلتَ فيها؟ قال: قاتلت فيك حتى استشهدت, قال: كذبت, ولكنك قاتلت لأن يقال: جريء, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل تعلم العلم وعلّمه, وقرأ القرآن, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: تعلمت العلم وعلّمته, وقرأت فيك القرآن, قال: كذبت, ولكنك تعلمت العلم ليقال: عالم, وقرأت القرآن ليقال: هو قارئ, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار. ورجل وسّع الله عليه, وأعطاه من أصناف المال كله, فأتي به فعرفه نعمه فعرفها, قال: فما عملت فيها؟ قال: ما تركت من سبيل تحبّ أن ينفق فيها إلا أنفقت فيها لك, قال: كذبت, ولكنك فعلت ليقال: هو جواد, فقد قيل, ثم أمر به فسحب على وجهه, ثم ألقي في النار
Maksudnya (ringkasan terjemahan) :
Antara yang terawal diadili di hari qiyamat kelak adalah mereka yang mati syahid. Kemudian ditanya kepada mereka : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : Aku telah berjuang untukMu (wahai Allah) sehingga mati syahid
Dibalas : Kamu berbohong, tetapi kamu berjuang untuk digelar "SANG BERANI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang kedua) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Aku mempelajari ilmu, mengajarkannya dan membacakan keranaMu Al-Quran"
Dijawab semula : Kamu berbohong, kamu mempelajari ilmu agar kamu boleh digelar ‘ALIM, kamu membaca Al-Quran agar digelar "QARI"
maka dikatakan, telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka.
Ditanyakan kepada (orang ketiga) : Apakah yang kamu telah perbuat (amalan di dunia dahulu)?
Jawabnya : "Tidak aku sesuatu yang engkau sukai untukku dermakannya kecuali telah aku dermakannya keranaMu"
Dijawab semula : "Kamu berbohong kamu mendermakannya agar kamu digelar "DERWAMAN"
maka dikatakan kepada Malaikat, lalu telah ditarik semula amalannya dan dicampakkan ke mukanya dan dilontarkan dia ke dalam neraka ( Riwayat Muslim, no 3527, Kitab al-Imarah)
Semoga kita semua dijauhkan kita semua dari racun hati oleh si musuh Allah yang sentiasa bekerja keras untuk istiqamah atas landasan ikhlas yang sebenarnya. Bagi sesiapa yang telah berjaya ikhlas, tiba-tiba dipuja dan puji oleh manusia atas sumbangan dan kebaikannya, segala itu tidak memberikan kesan kepada kecintaan dan niatnya yang ikhlas kepada Allah. Mereka itulah yang disebut dalam hadis:-
أرأيت الرجل يعمل العمل من الخير، ويحمده الناس عليه؟ قال: "تلك عاجل بشرى المؤمن
Ertinya : Ditanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang yang berbuat amal kebaikan, tiba-tiba manusia memujinya?. Jawab baginda : Itulah ganjaran gembira yang didahulukan buat para mukmin" ( Riwayat Muslim)
Ibn Qayyim pernah berkata berkata : "Amal tanpa keikhlasan seperti musafir yang mengisi kantong dengan kerikil pasir. Memberatkannya tapi tidak bermanfaat."
Benarlah, bahawa ikhlas bagi adalah satu ujian yang lebih malah sangat sukar bagi seorang pendakwah dan mukmin. Bagi lagi medium yang diceburi pendakwah termasuklah seni, drama, nasyid dan pelbagai lagi. Namun semua akan menghadapi cabaran besar ikhlas, ia sebuah cabaran yang sangat sukar...
Sekian
Hasil Nukilan Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
5 Zulhijjah 1430 H
1 Disember 2009
Tuesday, February 2, 2010
AYAT SERIBU DINAR
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
TIPS-TIPS HEBAT
TIPS DATO' HUSAMUDIN YAACOB
Pengasas Kumpulan Karangkraf
"Saya fikir walaupun saya miskin, saya mesti berikhtiar untuk berjaya. Dan untuk berjaya mesti melalui perniagaan"
TIPS FROM DONALD TRUMP
1.Think big
2. Be positive
3. Follow your passion
4. Learn something new every day
5. Listen to your gut
6. Be patient
7. Put a great team behind you
8. Put beauty in everything you do
9. Learn to negotiate, because everything you want demands it
10. Always go for the biggest win possible
11. Invest in real estate because it is the best investment there is
12. Take risks
13. Be audacious and get into the public eye
14. Be your own brand
15. Enjoy doing some work seven days a week and on vacations
16. Say "NO!"
17. Get out of your comfort zone
18. Be stubborn when necessary
19. Always have a Plan B
20. Never settle for second best
"You have to be a great leader. It’s something I’m learning. I never stop learning to be a leader. I can’t say I am a great leader. I desire. I strive. I improve my leadership skills. "
RAHSIA PERNIAGAAN HEBAT ABDUL RAHMAN BIN 'AUF
Pada satu ketika dahulu, sahabat Rasulullah, Abdul Rahman Bin Auf adalah usahawan termasyur. Antara perniagaannya adalah menjual unta. Beliau mempunyai satu strategi sehingga mendominasikan pasaran unta, dimana pada sebelum itu pasaran dimiliki oleh usahawan-usahawan Yahudi.
Strateginya? unta-unta beliau dijual pada harga cost price (harga kos)- tiada untung! Semua yang ingin membeli unta akan pergi ke Abdul Rahman b Auf.
Tiada untung dalam menjual unta? Habis tu, macam mana nak berniaga?
Apabila ditanya, jawabnya…
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos. Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”.
Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacam-macam warna.
Hebat!

KEAJAIBAN SEDEKAH
Sebagai seorang Islam, kita dituntut bersedekah. Banyak sangat bukti menunjukkan bersedekah itu sangat banyak fadhilatnya. Persoalannya, bagaimana kita nak turuti tuntutan ini sekiranya kita sendiri tidak mampu bersedekah malah kita pula yang layak menerima sedekah.
Oleh yang demikian, Islam menyuruh kita menjadi kaya. Dengan kekayaan kita dapat menunaikan tuntutan bersedekah. Meskipun kita tahu tahap2 bersedekah itu seperti bersedekahlah dengan harta-benda, jika tidak mampu, bersedekahlah dengan wang ringgit, jika tidak mampu bersedekahlah dengan tenaga, jika tidak mampu juga bersedekahlah dengan doa...itulah selemah2 sedekah. Takkanlah asyik bersedekah doa jer memanjang, betul kan?
Kita memandang harta sebagai salah satu alat yang disediakan Allah untuk beramal sholeh. Kita akan berusaha untuk mencari harta yang halal, lalu dengannya kita akan melaksanakan kewajiban-kewajiban kita. Setelah itu kita akan menafkahkan harta tersebut di jalan Allah. Jika kita selalu menafkahkan harta di jalan Allah, kita akan mendapatkan banyak keutamaan. Hal di tegaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:
“Orang yang dermawan (al-sakhi) itu dekat dengan Allah, dekat dengan surga, dekat dengan manusia, dan jauh dari neraka…” (HR Al-Tirmidzi dari Abu Hurairah).
Tidak hanya itu, kebiasaan kita menafkahkan harta di jalan Allah akan mengantarkan kita mencapai kebahagiaan abadi di akhirat. Syurga, InsyaAllah. Kita yakin akan hal ini, karena Rasullah saw bersabda:
"Salah satu pintu surga adalah bagi orang yang gemar bersedekah (dirawatkan Imam Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah).
Kerana adanya perlakuan khusus bagi para ahli sedekah (dermawan), kita akan berusaha mendidik diri untuk selalu menderma. Kita bahkan boleh hasad.Rasulullah saw bersabda:
“Diperbolehkah hasad pada dua hal: Seseorang yang diberikan harta yang selalu diinfakkannya. Dan seseorang yang diberikan ilmu, dia mempergunakan ilmu tersebut dan mengajarkannya kepada orang lain.”(HR. Bukhari dan Muslim).
Jika kita sudah kaya, maka kita boleh hasad pada para sahabat, tabi’in, tabi’ut tabi’in sampai generasi sekarang yang kekayaannya melimpah, yang dengan itu mereka menorehkan tinta emas dalam sejarah penderma. Jika kita belum kaya, maka kita tetap boleh hasad. Kerana sabda di atas bukan hasad pada orang kaya tapi jarang berderma. Rasulullah membolehkan hasad pada:
“Seseorang yang diberikan harta yang selalu diinfakkannya”.
Jadi hasad kita adalah bagi orang yang dermawan. Yang selalu berinfak dengan hartanya. Banyak atau sedikit.Tak boleh berhenti pada hasad, kita memang harus menginfakkan harta kita di jalan Allah. Kita harus sering menderma. Cukuplah firman-firman Allah ini menjadi pengingat dan pelecut semangat.
"Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. (QS Al Kahfi: 46)
“Wahai orang-orang yang beriman, infakkanlah apa yang telah Kami rezekikan kepada kalian sebelum datang suatu hari yang pada saat itu tidak ada jual beli, tidak ada hubungan kasih sayang dan tidak ada pula syafaat. Dan orang-orang kafir itulah orang-orang yang dzalim.” (AS Al-Baqarah: 254)
“Maka bertakwalah kalian kepada Allah sekuat kemampuan kalian, dengar dan taatlah kalian kepada-Nya, serta infakkanlah harta yang baik bagi diri kalian, dan barangsiapa dilindungi dari kekikiran dirinya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung.” (QS At-Taghabun: 16)
“Dan apa pun yang kalian infakkan, maka Allah akan menggantinya, dan Dia adalah sebaik-baik pemberi rizki.” (QS Saba`: 39)
“..Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan allah), maka pahalanya itu untuk kamu sendiri. Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan karena mencari keridhaan Allah. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan, niscaya kamu akan diberi pahalanya dengan cukup sedang kamu sedikitpun tidak akan dianiaya (dirugikan). (QS Al Baqarah 272).

Subscribe to:
Posts (Atom)