Friday, December 9, 2011

Sayyidul (Penghulu) Istighfar


Sayyidul Istighfar merupakan sabda Rasulullah saw dalam sebuah hadis
yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad,Bukhari, Tarmizi dan Nasai yang
meriwayatkan daripada Syaddad Bin Aus ra.

Dalam Sayyidul Istighfar ini Rasulullah mengajarkan kita beristigfar iaitu dengan
meminta ampun dengan bertawassul dengan amal salih secara mentauhidkan ALLAH SWT
melalui tauhid Rububiyah dan tauhid Uluhiyyah.

Beriktikad bahawa ALLAH SWT adalah Rabul Al Alamin, yang menciptakan makhluk dan alam.
Beriktikad bahawa seluruh amalan hanya kepada ALLAH SWT, berjanji untuk terus istiqomah
dalam beribadah. Berjanji melaksanakan segala perintaNYA dan meninggalkan apa yang di
larangNYA. Bersyukur dengan nikmat yang di beriNYA dan mengakui segala dosa yang di lakukan
serta bertaubat.Semoga tergolong sebagai penghuni syurga......InsyaALLAH...



Maksudnya:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.” Amin


Penjelasan:
Sabda Rasulullah s.a.w.: Barangsiapa yang membacanya pada waktu siang dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum petang maka ia termasuk ahli syurga. Dan siapa yang membacanya pada waktu malam dengan penuh keyakinan lalu dia mati sebelum pagi maka ia termasuk ahli syurga. (HR Bukhari)